Dalam agama Hindu, Dewi Laksmi adalah dewi
kekayaan, kesuburan, kemakmuran, keberuntungan, kecantikan, keadilan, dan
kebijaksanaan. Dalam kitab-kitab Purana, Dewi Laksmi adalah Ibu dari
alam
semesta, sakti dari Dewa Wisnu. Dewi Laksmi memiliki ikatan yang sangat erat
dengan Dewa Wisnu. Dalam beberapa inkarnasi Wisnu (Awatara) Dewi Laksmi ikut
serta menjelma sebagai Sita (ketika Wisnu menjelma sebagai Rama), Rukmini
(ketika Wisnu menjelma sebagai Kresna), dan Alamelu (ketika Wisnu menjelma
sebagai Wenkateswara). Dewi Laksmi disebut juga Dewi Uang. Ia juga disebut
"Widya", yang berarti pengetahuan, karena Beliau juga Dewi
pengetahuan keagamaan. Ia juga dihubungkan dengan setiap kebahagiaan yang
terjadi di antara keluarga dan sahabat, perkawinan, anak-anak, kekayaan, dan
kesehatan yang menjadikannya Dewi yang sangat terkenal di kalangan umat Hindu.
Lakshmi atau Mahalakshmi adalah dewi
kekayaan untuk agama Hindu. Gambaran Lakshmi (atau Shri) juga dijumpai di
monumen-monumen agama Jain dan Buddha, selain daripada di kuil-kuil Hindu.
Lakshmi adalah permaisuri dewa Vishnu dan mengahwini salah satu penjelmaan
semula Vishnu, iaitu Rama (di mana dia menjelma semula sebagai Sita) dan dengan
Krishna sebagai Rukmini dan Radha. Legenda Kemunculan dewi Lakshmi berkaitan
dengan sebuah cerita zaman silam. Durvasa, seorang pendeta yang panas darah
pernah pada suatu ketika mempersembahkan kepada Indra, raja segala dewa,
sekalung bunga yang tidak akan layu. Indra memberi kalungan bunga itu kepada
gajahnya Airavata. Pendeta Darvasa dapati yang gajah Indra telah memijak
kalungan bunganya dan menyumpah Indra kerana tidak menunjukkan hormat
kepadanya. Pendeta itu menyumpah Indra dan dewa-dewa yang lain yang mereka akan
kehilangan segala kuasa mereka kerana menjadi bongkak kerananya. Disebabkan
sumpahan itu, dewa-dewa itu diusir dari syurga. Dewa-dewa ini cuba mendapat
pertolongan dari dewa Brahma yang menyuruh mereka menggodak lautan susu,
Ksheersagar untuk mendapatkan nektar kehidupan abadi. Dewa-dewa ini kemudian
pergi ke dewa Vishnu untuk mendapat bantuannya. Vishnu menggunakan pertolongan
Kurma si Kura-Kura, Manthara Parvata (gunung) sebagai alat penggodak, dan
Vasuki sebagai tali penggodak untuk membantu mereka melakukan tugas itu. Dari
lautan susu yang bergodak itu timbul dewi Lakshmi yang kemudian memilih Vishnu
sebagai suaminya. Disebabkan ini, Lakshmi juga digelar "Anak Perempuan
Lautan". Bersama Lakshmi juga timbul bulan yang merupakan saudara Laskhmi
dan dewi malapetaka Alakshmi, kakaknya. Menurut kitab Vishnu Purana, Lakshmi
adalah anak perempuan Bhrigu dan Khyaati dan duduk di Swarga tetapi disebabkan
sumpahan pendeta Durvasa, dia meninggalkan Swarga dan tinggal di Ksheersagar,
lautan susu itu.
dewi kekayaan tapi tidak menggenggam kekayaan
ReplyDeleteKAYA HATI TIDAK MUTLAK MEMEGANG MATERI....Puja Dewi Laksmi
ReplyDeleteKAYA HATI TIDAK MUTLAK MEMEGANG MATERI....Puja Dewi Laksmi
ReplyDelete